Fuji-san ( Mt Fuji ) – 19/03/2005

Back to school

Sudah dua hari berturut-turut ke sekolah , mendengar penerangan dan taklimat tentang perjalanan aktiviti dan sukatan pelajaran baru bagi tahun 2006-2007 . Hari pertama ke homeroom kakak 7th grade . Hari kedua ke 5th grade dan 4th grade . Alhamdulillah , dengan adanya taklimat seperti ini , kekaburan sebelum ini dapat diselesaikan . Apatah lagi sistem pendidikan di sekolah ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan kita . Bagi student secondary seperti kakak , mereka tidak ada classroom . Mereka hanya duduk sebentar di ruang legar di waktu pagi sebelum bergerak ke class mengikut subjek . Setiap teacher subjek hanya menunggu pelajar-pelajar di dalam class masing-masing . Jadi pelajar-pelajarlah yang akan mencari mereka . Semua pelajar diberi 10 minit untuk bergerak dalam masa pertukaran masa subjek .

Back To School ini bagus kerana dapat membantu ibubapa mengetahui perkembangan perjalanan setahun pendidikan anak-anak . Hari pertama si ibunya pergi dengan gembira , tetapi berlainan sekali dengan hari kedua . Di saat-saat akhir taklimat 4th grade , ibunya tersentak dengan paparan di skrin LCD . Teacher lelaki ini ‘terklik’ satu persoalan yang kontroversi ” Why Muslim’s men …… war ……. ! Aduh ! hanya zikir dapat meredakan kemarahan . Si ibu terdiam . Hilang segala persoalan yg pada mulanya ingin ditanyakan kepada teacher ini . Hanya sabar dan sabar dan sabar ….kerana si adik berada dibawah jagaannya sepanjang tahun ini . Berserah kepadaNYA . Semoga Allah SWT memelihara perjalanan anak-anak di sini demi ilmu yang dituntutnya .

Si adik bercerita , teacher lelaki ini memanggilnya dengan nama Beauty Dina ! Setiap hari ada je ceritanya bagaimana teacher ini mengusiknya . Si abang kata , nampaknya teacher ini suka dengan adik !!!!!!!!!!!

Daging pinang dicincang lumat ,

Buat inti karipap pusing ;

Nasihat ibu kejap tersemat ,

Jadi pedoman di rantau asing .

Toya Lake – 04/05/2006

Pengalaman Pelajar di Malaysia

Bacalah pengalaman pelajar-pelajar Malaysia yang melanggani Score A Programme ini di dalam :

…..KLIK sini

- klik ‘Produk’

- klik ‘Testimoni’

Kelas Mengaji Al-Quran secara online

Alhamdulillah …… walaupun jauh dari negara tercinta , tetapi aktiviti keagamaan dapat juga dilaksanakan . Kali ini memperkenalkan diri dengan kaum ibuk-ibuk Indonesia yang berada di Japan ini . Walaupun berlainan negara tetapi tetap bersaudara seagama . Ada juga perbezaan bahasa dan kalimatnya . Itu tidak menjadi masalah . Bak kata pepatah ” hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih “.

Memang kagum dengan usaha ibuk-ibuk Indonesia ini . Mereka menggunakan kemajuan teknologi sepenuhnya untuk mengeratkan talian persaudaraan sesama mereka . Selain dari kelas mengaji Al-Quran , ada juga ceramah agama untuk mereka yang kehausan santapan rohani . Semua aktiviti keagamaan mereka melalui voice chat yahoo msg . Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain , kemesraan tetap terjalin .

Semalam kelas mengaji Al-Quran diajar oleh Ibuk Nienda dari Pulau Honshu . ” Fungsi tanda WAKAF ” dan di mana perlu ” berhenti ” . Setiap ibuk-ibuk dikehendaki membaca satu ayat Surah Al-Nahl . Inilah cara yang termampu bagi mereka yang duduk merantau .

Kerana ilmu , akan ku bersama mereka . Mudah-mudahan Allah SWT memberkati ilmu-ilmu yang dipelajari di sini , Aminn!

Angkat air penuhkan kolah ,

Air di tempayan tinggal sejengkal ;

Ikhlas beramal disukai Allah ,

Biar sedikit tetapi kekal .

Water rafting , Niseko – 13/08/2006

Tokyo Disneyland – 25/03/2005

Hokudai – 04/11/2005

Score A bersama TV3

Cara-cara melanggan Score A .

Senang ! Itulah ungkapan yang sesuai .

1. Satu kad bernilai RM 248 atau ¥7908.89 ( currency semasa )

- untuk seorang anak/pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 .

- merangkumi semua subjek ( 5 subjek peringkat rendah , 7 subjek peringkat menengah )

- tempoh pembelajaran 6 bulan .

- mempunyai satu activation code dan satu top-up code .

2. Dua kad bernilai RM 496 atau ¥15817.70 ( currency semasa )

- untuk dua orang anak/pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 .

- merangkumi semua subjek .

- tempoh pembelajaran 6 bulan .

- mengandungi dua activation code dan dua top-up code .

- secara otomatik menjadi usahawan Score A .

3. Satu kad bernilai RM 198 atau ¥6314.36 ( currency semasa )

- untuk seorang anak/pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 .

- merangkumi semua subjek .

- tempoh pembelajaran 3 bulan .

4. Bayaran RM 50 atau ¥ 1594.53 ( currency semasa )

- penambahan seorang anak yang melanggan .

- tempoh pembelajaran 3 bulan .

Pembayaran pembelian kad :
- wang tunai

- cek

- kredit kad

atau email ke mygir0309@yahoo.com.my

atau ym        ainhardy92 

« Older entries